Resep Roti Kentang

 
Roti Kentang
Roti Kentang

Roti Kentang

Bahan-Bahan:
2 @ 3 biji Ubi kentang- 70 gm
300 gm Tepung Protein tinggi - tepung roti
3/4 sb susu tepung
50 gm Gula Kastor atau biasa
2 st Yis
1/2 st garam
30 gm mentega atau margerin
1 biji telur dibahagi 2 kemudiannya
135 ml air sejuk dari peti sejuk
.
CARA-CARA BUAT :
-Bismillahirrahmanirrahim.. ingat pada Allah bila mula2 nak buat, selawat pada Nabi Junjungan kita.. moga2 apa yang kita masak orang suka hendaknya.. inshaALlah..
.
- macam Saya guna BreadMaker, letak je semua bahan dalam breadmaker ikut urutan.. basah di bawah dan kering kat atas.. buh je semua bahan
atau boleh je ikut seperti arahan di bawah ni.
.
-Masuk semua bahan kering,kacau sebentar.
.
-Masuk telur 1/2 biji bersama kentang.
.
-Masuk air sejuk,mentega kemudian putar atau gaul .
-Sampai doh menjadi licin kemudian bulatkan.
.
-Perap doh,tutup dgn plastik sehingga naik 2 x ganda.
.
-Setelah doh naik tumbuk doh utk keluarkan udara didalamnye.
.
-Bulat2 kan menjadi bebola yg sama saiz 70-80gm
.
-Susun dlm loyan yg telah digris.
.
-Biar selama 45 minit lagi.
.
-Sapukan permukaan roti dgn telur dan paipkan cream kastard ditengah-tengah permukaan roti.
.
-Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit.
.
-Sekiranya permukaan roti sudah perang sebelum 20 minit,tutup suis oven dan biarkan roti didlm oven hingga habis minitnye.
.
Resepi Topping Garisan Kastad
.
1 sudu besar tepung kastard atau tepungg jagung
1 sudu besar tepung gandum
2 biji kuning telur
1 cawan susu segar
secubit garam
4 sb gula
1 sb mentega
.
-Bancuh tepung,gula,garam dan tuang susu sedikit2 sambil kacau agar tidak berketul.
-Masukkan telur dan kacau lagi.
-Masak diatas api sederhana sehingga pekat.
-Sentiasa kacau agar tidak berketul.
-Apabila sudah pekat angkat dan masukkan mentega,kacau sebati.
-Sejukkan dulu sebelum dimasukkan dlm piping bag.aku letak dalam plastik bungkus tu, lalu digunting hujungnya sedikit
.
*Paipkan kastad ikut kreativiti masing masing... bakar selama 20 minit, suhu 180'... bau dah mula semerbak dah masa ni
Previous
Next Post »
Thanks for your comment